Fakta Tentang Pokok Kurma Dan Buah Kurma (Tamar)
Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa
saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada
yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara
Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma
Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis.
Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama
mereka, malah dikalangan orang kita juga buah kurma sudah menjadi bahan
makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak
perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan
utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Buah Kurma Dalam Kehidupan Umat Islam Seharian.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : “Aku melihat
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan buah kurma
masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat
sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
“Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang
mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya
meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesiapa yang
memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ (buah kurma) dia akan terkawal daripada
kejutan syaitan dan sihir pada hari itu”.
Khasiat kurma “Ajwah” sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas
merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan
kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan
buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung
Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
“Dan goyanglah
pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah
kurma yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah
kamu.”
“Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa
biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat buah kurma, maka
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa
biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
Khasiat Buah Kurma (Tamar)
1. Buah Kurma dapat mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung &
Kencing Manis , amalan memakan buah kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko
seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana
mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh
menyihatkan sel darah merah.Berdasarkan kajian Kaum Arab Badui, yang makan buah
kurma secara teratur, menunjukkan kadar pengidap penyakit kanser dan jantung
yang sangat rendah.
2. Buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita
hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga
tambahan.
3. Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir
tamar (buah kurma) setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam
badannya”.
4. Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia
memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda
kanak-kanak yang sihat.
5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis
Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang
hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang
bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas
pemikirannya.”
“Melentur buluh
biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam
kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah
yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah
kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur.
6. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran. Diriwayatkan daripada Abu
Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu
baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan
buah kurma.”
7. Buah Kurma Makanan Yang Paling Sempurna.Maksud Sabda Rasulullah
s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”
8. Melalui petua tertentu, buah kurma dimakan bersama badam dan madu
untuk menyembuhkan penyakit. Buah kurma dikatakan menambah tenaga seksual atau
batin. Jus buah kurma mungkin baru di negara ini, sebaliknya di negara
pengeluar selain dimakan segar, kering atau salai, buah kurma dibuang biji dan
diganti dengan kacang tanah, badam atau gajus bagi mengenakkannya. Buah kurma
juga dibuat jem, sirap atau bahan tambahan dalam aiskrim.
9. Kandungan vitamin A dan C adalah amat tinggi apabila buah kurma di
peringkat Rotab atau khalal
10. Buah Kurma kaya dengan serat yang dapat mencegah dari mendapat barah
usus.
Walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain
Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang
dipasarkan sebagai pilihan alternatif.Selain berbuka puasa, buah kurma juga
harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana
tubuh sehingga waktu berbuka. Banyak khasiat buah serta tumbuh-tumbuhan yang Allah jadikan yang masih manusia tidak tahu
.
Dengan sebab itulah pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting
pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan
buah kurma wajar dijadikan amalan harian.

No comments:
Post a Comment