Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah
tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama
makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang
diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan
syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan
penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Antara khasiat buah tin termasuklah
menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan tekak, mengurangkan batuk yang
berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan hati
(kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus. Buah tin sangat
bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak
pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan
kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai
dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi
bagi kanak-kanak.
Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis
kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering
didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar).
Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana
ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral
terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat
rendah.
Buah ini dapat menyembuh beberapa jenis penyakit,antaranya ialah:
* Penyakit Buasir
* Sakit-sakit dan bengkak-bengkak badan
* Batuk yang berpanjangan
* Melawas kencing
Kandungan nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut: Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.

No comments:
Post a Comment