Habbatus Sauda ialah sejenis tumbuhan
yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim
gurun. Banyak kajian telah dijalankan. Bagaimanapun kebanyakannya ditulis di
dalam Bahasa Arab, oleh itu pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak
dibuat. Kadangkala
ia digelar sebagai “bijirin hitam” atau “jintan hitam”.
Terdapat sebanyak 14 Hadis Shahih tentang kehebatan
dan kelebihan Habbatussauda diantaranya :
Artinya : “Sesungguhnya, al-Habbatus al-Sawda’ dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam.” Saya bertanya: “Apakah as-sam itu ?” Baginda menjawab : ‘As-sam yaitu maut !” ( Riwayat Bukhari )
Didalam kitab Shahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata bahwa dia pernah mendengar Rasullah S.A.W. bersabda sebagai berikut :
Artinya : “Tetaplah dengan al-Habbah al-Sawda” karena sesungguhnya ia mengandungi obat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati.”
Artinya : “Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasullah S.A.W telah bersabda : ‘Pada al-Habbah al-Sawda’ terdapat obat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.”
Artinya : “Sesungguhnya, al-Habbatus al-Sawda’ dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam.” Saya bertanya: “Apakah as-sam itu ?” Baginda menjawab : ‘As-sam yaitu maut !” ( Riwayat Bukhari )
Didalam kitab Shahih Bukhari Muslim, Abu Hurairah r.a. berkata bahwa dia pernah mendengar Rasullah S.A.W. bersabda sebagai berikut :
Artinya : “Tetaplah dengan al-Habbah al-Sawda” karena sesungguhnya ia mengandungi obat bagi segala penyakit, kecuali as-sam atau mati.”
Artinya : “Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasullah S.A.W telah bersabda : ‘Pada al-Habbah al-Sawda’ terdapat obat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.”
Hadist ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Muslim,
Bukhari dan Ibnu Majah. Dan hadis ini tercantum dalam himpunan hadist-hadist
sahih.
Nama Saintifik = Nigella Sativa
Nama Saintifik = Nigella Sativa
Arab = Habbatus Sauda’, Habbatul
Baraka, Kamun Aswad, Sinauj
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed, Black Seed,
Armenia = Shoushma
Estonia = Mustkoomen
India = Kalounji
Inggris = Nigella, love in a mist. Fennel Flower, Onion Seed, Black Seed,
Black Cumin.
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Italia = Nigella
Jerman = Zwibelsame, Schwarzkummel
Kanada = Korijigi
Norwegia = Svartkave
Perancis = cheveux de venus, Aligelle
Rusia = Chamustika
Spanyol = Niguilla, Pasionara
Tamil = Karun Jiragam
Turki = Corekotu Siyah
Melayu : Jintan Hitam
Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w.
bersabda, “Habbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al
Saam.” Aisyah r.ha. pun bertanya: ” Apakah Al Saam itu?” Jawab Baginda s.a.w.
“Mati.” (Riwayat Al-Muslim)
Khasiat-khasiat yang terdapat pada
Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk “Rahsia
Perubatan Habbatus Sauda’” yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.
Kajian-kajian yang telah dibuat
membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang
berikut:
1. Asid Urik dan Gout
Membantu mengeluarkan asid urik dari
badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.
2. Asthma
Bahan “Nigellon” yang terdapat dalam
Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan
memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara
(bronchitis).
3. Selsema
Ia dapat menyembuhkan selsema.
4. Tekanan Darah Tinggi
Ia boleh merendahkan tekanan darah.
5. Alahan (Allergic)
Bahan “Nigellon” dalam Habbatus Sauda
dapat mengurangkan pengeluaran bahan “Histamine” dan bahan-bahan yang
menyebabkan kejadian alahan (allergic).
6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)
Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua
kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan
pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit
batu pundi empedu.
7. Melancarkan Pengeluaran Susu
Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas
pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.
8. Kesendatan Pembuluh Darah
(Thrombosis)
Ia mempunyai kesan ke atas sistem
kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang
mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu
juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah
tersebut.
9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh
Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya
dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat
mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.
10. Barah
Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya
kesan-kesan beracun akibat kegunaan “Cisplatin”, yang digunakan dalam merawat
bengkak-bengkak barah. Ubat “Cisplatin” ini, seperti lain-lain ubat yang
digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan
sampingan (side effects).
11. Kuman-kuman
Ia amat aktif dan berkesan dalam
membunuh beberapa jenis kuman seperti “E Coli”, “Strep.Fecalis” dan “Bacillus
subtilis.” Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian
kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.
12. Ceret-Beret disebabkan Kuman
Ia dapat merawat masaalah ceret-beret
dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan
E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.
13. Kencing Manis
Ia dapat mengurangkan tahap kandungan
gula di dalam darah.
14. Rheumatisme
Dalam bidang perubatan tradisional di
timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan
anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.
Mereka yang alim di dalam bidang
perubatan berkata: ” Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:
i . Ia bertindak menghilangkan bengkak.
ii. Ia amat berfaedah dalam membuang
lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.
iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli
dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu
karang, melancarkan air kencing dan haid.
iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat
didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam
penyembuhan selsema.
v. Jika diminum seberat 1 mithqal
(4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manfaat dalam merawat
kesesakan nafas,
vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka
ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,
vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan
cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit
gigi.”
Dengan menggali Sunnah Rasulullah SAW, lalu berikhtiar berobat dan bertawakal kepada Allah SWT, Insya Allah segala penyakit yang kita derita akan sembuh.


No comments:
Post a Comment